12/21/2011

MENGHITUNG HARI NK BUKA SKOLAH...

Pejam celik pejam celik tinggal lg 11 hari nak buka sekolah..kelengkapan sekolah anak2 ada yang belum settle.Time cuti2 cmni ada saja aktiviti yang anak-anak nak buat..main sudah,baca buku sudah,tgk tv sudah,jln2 sudah,kayuh basikal sudah...bila malam aja aku memang rajin aja tnya anak-anak esok nk buat apa??Tiba-tiba Along kata "nk mandi kolam la ibu"..oraitt esok kita p mandi kolam..


bangun pagi-pagi terus anak2 tanya bila nk p mandi kolam..jom!!kolam renang MBKS la jd sasaran..
Pukul 8.00pg dh sampai kolam renang,punya la awal orang pun x ramai lg dan yang best kolam kanak2 cuma anak2 aku yg mandi..apa lagi berenang sakan ler!!!

12/18/2011

MeNcArI KaWaN & MeNgHiNdArI LaWaN...

Manusia tidak dapat hidup tanpa bantuan orang lain. Hidup di dunia ini sebenarnnya saling bergantungan. dalam hidup, kita memerlukan bantuan, dorongan dan sokongan orang lain. Orang yang memberi pertolongan itu akan senang hati jika merasa pendapatnya dihargai. Di samping itu mungkin pendapat itu adalah jalan keluar yang terbaik...

Jika ingin berjaya...jangan egois, merasa lebih kuat, lebih kaya, lebih kuasa dari kawan2 dan orang sekeliling. Mereka sebenarnya pendorong ke arah kemajuan anda...


12/14/2011

HOLIDAY @pEnAnG


Hari nie bw anak2 holiday..tp dekat aja.....PENANG....yg penting happy,dekat pun x pa along kata. yang depa paling syok naik feri!!!walaupun dh berpuluh kali naik tetap teruja bila nampak feri.

12/12/2011

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.

Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

12/11/2011

aktiviti awal pagi...

bangun tido terus teringat kereta blum di ' servis '. Esok udah mau holiday...cuti-cuti malaysia blum ke mana-mana..terus mandikan anak2 n drive ke pusat servis.Anak2 apa lagi nk main kt playground kat ctu ler...
selesai sudah...

AnAk- AnAk

anak-anak permata hati ibu n abah....
semoga membesar dgn sihat n berjaya sepanjang masa di dunia serta akhirat...peace!!!!